Thursday, August 26, 2010

Kuih Bakar

Rupa tak berapa cun sikit...saya ni biasalah bila buat kuih nak cepat je...so main potong je...

Bahan2nya
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1 cwn air pandan
1 cwn santan
1 cwn susu sejat (sy guna fresh milk)
3 biji telur
pewarna hijau
bijan

Cara Memasak
Blend semua bahan2 tersebut (kecuali bijan)
Sapukan loyang dgn minyak/ marjerin
Tuang bahan tadi ke dalam loyang
Tabur bijan

Bakar dalam 50 minit (suhu 180)

Chicken Chop


Hari ni beralih ke Westren Food pulak...tiba2 je teringat kat Chicken Chop yg dekat Giant Kuantan...so try buat...ehmmm okeylah...cuma tak sempat buat brown sauce & kentang lenyek...

Bahan2 untuk ayam
Paha ayam (buang tulang)
Bread crump
Tepung jagung
Telur

Bahan untuk perap
* White pepper
* Air lemon
* Garam
* Bawang putih (ditumbuk)
* Halia (ditumbuk)

Cara Memasak
Perap dulu ayam dalam 1-2 jam
Celup ayam dalam tepung jagung, lepas tu telur dan akhir sekali bread crump
Goreng (guna api yg sangat perlahan)

Bahan2 untuk coselow
*Kobis
*Carrot
*Bawang
(dipotong halus)
Gula
Garam
Cuka
Air Lemon
Mayonis

Gaul semua bahan2 tadi

boleh makan dengan sos cili dan kentang goreng...lagi bagus kalau ada kentang lenyek & brown sauce

Wednesday, August 25, 2010

Kuih Sagu


Kuih sagu ni favourite Arif & Wafa...kalau sy masak ni alamak asyik masuk dapurlah diaorg...cari mangkuk & sudu...sy belajar kuih ni daripada Adibah...kuih ni sangat simple dan kanak2 sgt suka makan...

Bahan2nya
Sagu  (sy guna tapioca pearl warna hijau)...ikut sukalah nak banyak mana
Air (sukatan air & sagu macam nak masak nasi)
Gula melaka
Fresh milk

Cara memasak
Masak sagu dengan air sehingga sagu menjadi likat & berkilat...kena selalu kacau kalau tidak berkerak
Sejukkan...boleh masuk dalam acuan yg kita suka...sy masuk dlm tupperware je lps tu sy potong2...

Masak gula melaka dgn air hingga cair

Lps tu makanlah sagu tu dgn air gula melaka & fresh milk...adjustlah tahap manis tu ikut kesukaan

Tuesday, August 24, 2010

Apam Dewa


Kuih ni favourite Arif...kalau buat apam ni...alamaknya habis sebelah dia makan sorang...kami 5 org lagi ni terpaksa share yang sebelah lagi (elok ni kalau ajar tajuk fraction)

Bahan2nya
200gm tepung
200gm gula
3 biji telur
1 st ovalette
1 st esen vanilla
150 ml air soda
Pewarna @ sirap

cara buat
Pukul gula dgn telur..letak telur satu persatu
Masukkan ovalette dan esen vanilla
Masukkan air soda & tepung
Letak pewarna @ sirap

Kukus dalam 20 minit

Kek Pisang

Kek pisang ni favourite suami saya...kalau dulu selalu beli kat pasaraya...tapi kat sini tak berapa confident dgn kandungannya...so kenalah buat sendiri...dah macam2 resepi yg saya cuba...setakat ni...resepi nilah yg paling menjadi...ramai jugak org2 kat sini mintak resepi ni (maknanya sedaplah tu he he)



Bahan2nya
1) 1 1/2 cawan pisang (atau dlm 4 @ 5 biji) bergantung pada saiz (dilenyek)
2) 2 cawan tepung
3) 1 st baking powder
4) 1 st soda bikarbonat
5) 1 cawan gula caster
6) 2 biji telur
7) 1 cawan minyak (tp sy buat tak sampai 1 cwn)
8) 1 st esen vanilla
9) coklat (sy guna 3 sudu milo)
10) kismis

cara buat
Blend gula & telur sampai naik...
masuk minyak....blend lagi
masuk pisang...blend lagi
masuk esen vanilla
keluarkan campur dengan tepung, soda bikarbonat & baking powder, milo & kismis...kacau2

petua supaya cantik & tidak bantut 
letak bila oven dah panas...lps buka oven tu tunggu dlm 10 minit sampai lampu mati...
jgn selalu buka oven...buka bila rasa dah betul2 masak...kalau blm masak tutup cepat2

bakar dlm 40 minit/ suhu 170

Monday, August 23, 2010

Nasi Dagang Terengganu

Jangan confuse??? Nasi Dagang Terengganu lain rupanya dengan Nasi Dagang Kelantan...Nasi Dagang Kelantan warna brown tapi Nasi dagang Terengganu warna putih...

Sebelum datang ke NZ saya tak pernah buat Nasi Dagang...tapi sekarang Nasi Dagang dah jadi menu mingguan kami...setiap minggu saya pasti buat Nasi Dagang...biasa saya buat untuk sarapan...kadang makan sampai ke tengahari...

* Bahan untuk Nasi Dagang
Beras biasa (sy pakai Thai Jasmine) 6 pot
Beras pulut 1 pot
(rendam semalaman)
Santan Cair
Santan Pekat
Bawang dihiris halus
Halia dihiris halus
Halba
Gula
Garam

Cara membuat
Kukus beras...bila dah agak2 masak keluarkan & masukkan dalam periuk
gaul dengan santan cair hingga rata...biarkan sebentar.

Kukus semula sehingga masak
Keluarkan dan gaul dengan santan pekat, halia, bawang, halba, gula dan garam.

Sukatan tu agak2lah...sampai nampak cun dan rasa pun sedap...

Bahan untuk Gulai Ikan
Ikan Mackerel (oil) sbg ganti ikan tongkol
Gula melaka
3 Asam Keping
2 sb Rempah bunga ros
garam
gula
2 biji cili besar
santan

utk dikisar
1 biji bawang besar (sederhana)
2 biji bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Cili kering

Cara membuat
Tumis bahan kisar dan cili kering (yg telah diblend) hingga naik minyak
Masukkan rempah bunga ros
Masuk gula melaka, asam keping, gula, garam dan santan
Masukkan cili besar dan ikan

* gulai ikan ni kalau boleh maniskan sedikit baru ada uhmmm

Bahan untuk Acar
Timun
Carrot
Bawang
Cuka
Gula
Garam

Cara membuat
Potong timun, carrot dan bawang kecil2
Gaulkan dengan cuka, air, gula & garam

* Nasi Dagang Terengganu mesti lengkap dengan gulai ikan dan acar

Okey Selamat Mencuba

Saturday, August 14, 2010

Blog baru :-)

Hari ni sy mencuba buka blog baru...bertajuk dapur Trg di bumi NZ...tujuan blog ni sebenar utk berkongsi resepi masakan bersama dgn rakan2 terutamanya masakan negeri kelahiran saya Terengganu Darul Iman...tetapi resepi ni saya dah ubai suai mengikut kesesuaian kerana hidup merantau di bumi NZ ni...terdapat bahan yg sukar diperolehi...jadi terpaksalah saya ubah megikut kesesuaian...